Asam Garam 2011, memang banyak, rasanya, 2011 adalah tahun yang paling mencabar untuk aku, namun dugaan, yang Allah berikan itu tandanya, Dia selalu ingatkan aku.
Januari 2011 - Permulaan yang baik, aku hanya mulakan dengan senyuman, supaya aku masih tabah menerima cabaran utk 2010 yang belum berakhir.
Februari 2011 - Cukup umur aku 21 tahun, wah dapat kunci dah, haha, xde la, februari ni adalah hari paling indah, sebab bufday aku, dan kembar aku bertunang dgn org yg dia sayang. time nie aku masih sigle, sudah hampir 1 tahun ok.
Mac 2011 - i'm always with my pinky, dan masih memahami perasaan seorang lelaki.
April 2011 - berkenalan selama sebulan, dan akhirnya 'dia' berjaya bt aku lupakan cinta pertama aku, thankz sgt, dan 27/4 itulah tarikhnya.
Mei 2011 - Macam biasa aje, i'm happy always, sebab perjalanan hidup itu masih panjang.
Jun 2011 - 21/6/2011, xsangka dah 1 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam di JPA, i really enjoy it.
Julai 2011 - 22/7, ye, utk sekian kalinya saya lepaskan org yg sy sayang utk dia cari kebahagian dia, walaupun hati terluka, tp utk awak, saya nak berterima kasih sgt2, awak berjaya bt saya lupekan cinte pertama saya taw, bkn senag, 1 tahun saya ambil masa utk lupakan dia, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.
Ogos 2011 - brutal kan aku, baru jew putus cinta, dah kawan dengan org lain, event dalam hati ni masih ada dia, tp aku cuba bukak hati utk org lain.
September 2011 - 4/9/2011, aku pilih dia,dan harap dia adalah cinta terakhir saya, sebab dah tak larat nak kecewa lagi, dan harapan tu mgkn terlalu tinggi.
Oktober 2011 - 28/10/2011, Akhirnya perkara yang paling aku tak nak terjadi lagi, Ya Allah saat ni, hanya kau saja tahu perasaan aku, aku kehilangan dia lagi yang aku harap akan jadi cinta terakhir utk aku, namun aku pasrah, sebab pasrah itu redha, mungkin ada hikmahnya, sebab cinta tak harus memiliki. Dan sudah jatuh ditimpa tangga, kesayangan aku terexcident, Ya allah aku kumpulkan semua kekuatan yang pernah aku ada dulu, utk terus bangkit, sebab aku kehilangan org yang aku sayang, dan kereta kesayangan aku yg tak bersalah menjadi mangsa, mgkn salah aku, dan aku pasrah,sebab pasrah itu menyerah, namun aku tak akan pernah menyerah walaupun ke titisan yang terakhir sebab aku percaya aku masih ada kamu, YA ALLAH.
November 2011 - Bila aku jatuh cinta dan sayang org, bukan ambil masa dalam sejam utk melupakan, dan dibulan ini, aku belajar menerima hakikat hidup, aku sedar, aku selalu kene ada dgn mu, wlu saat susah dan senang, AMIN, tetapkan hati aku ya allah di jalan yang benar.
Disember 2011 - Yes, mungkin permulaan kebahagian utk aku, SBPA laa??..Alhamdulilah, Allah masih memberi kami rezeki, Bersyukur sangat2, dan di akhir tahun disember nie, aku masih mencari kehidupan sebenar aku, menjadi diri sendiri, itu lebih baik. Aku nak fokus pada 2012, lupakan cinta sebentar, percaya jodoh untuk ditentukan Allah, antara cepat dan lambat je,:)
Untukmu 2012 :
* Azam dan harapan aku di 2012, supaya aku sentiasa memperingati diri untuk lebih menjadi manusia yang berguna, bersujud mengadap Allah yang maha Esa, tidak hilaf dalam duniawi yang sementara ini, dan aku berharap aku dimurahkan rezeki, Aku tidak meminta lebih dari kebahagian bersama keluarga dan kawan-kawan, dan seandainya jodoh yang tertulis untuk aku adalah jodoh dari mu Ya allah, perkukuhkan cinta kami dengan agama mu, kuatkan iman kami dari maksiat, dan perteguhkan cinta kami seperti cinta ADAM dan HAWA, supaya cinta aku yang tertulis di Luh mahfuz.adalah CINTA SEJATI seperti Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah. AMIN. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan