Alhamdulilah, masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini. Ku mengharapkan kan Ramadhan kali ini penuh makna. Alhamdulilah, aku diberi hidayah di bulan mulia untuk mengingati Allah dan Mati itu adalah pasti. Kesempurnaan yang kita cari dimata manusia, takkan semudah kesempurnaan yang kita cari dimata Allah. Aku belajar, mendengar, menginsafi, menyesali semua dosa-dosa yang telah aku lakukan dengan memohon dan bertaubat dan kembali ke JalanNya. Mungkin aku belum sempurna, kerana berhijab sepenuhnya itu lebih sempurna, terlalu banyak godaan syaitan, dan aku sendiri harus melawan semua godaan itu. Semoga Hidayah itu milik Aku untuk selamanya dan terus diberi kekuatan untuk beristiqamah dengan apa yang aku lakukan.
Walau pelbagai dugaan yang Allah berikan kepada aku, Namun aku pasti semua yang berlaku ada hikmahnya. Allah takkan menguji hambanya lebih dari kemampuan kita sendiri. Alhamdulilah, Aku diberi keluarga dan sahabat yang sentiasa ada disisi dan memberi kata semangat untuk terus bangkit di Dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini. Terima kasih yang mampu aku katakan untuk Mak, Ayah, kakak, abg, angah, kak hani, abg sham, ira, fatin, lia atas semua nasihat dan kekuatan pada hari ini.
Tahun ni, macam biasa, aku memang tak ada kampung lain, dan akan sentiasa beraya di kampung mak, di Beranang, negeri sembilan. tahun ni, kurang meriah sikit, sebab giliran raya umah mentua masing-masing. Walaupun tak ramai, tetap meriaahhh taw...ada jugak 4 5 keluarga yang memang tak ada kampung lain..kikiki...Alhamdulilah diberi kesempatan bertemu Aidilfitri lagi. jom layan gambar selfie melfie kami...
Tahun ni tema carca marba je..hihi...nak merah + hitam , sebab cam dah lama tak pakai merah, kenalah dengan nama blog ini, Merah hitam Cinta Amirah. hihihi...
Dikesempatan ini, Memohon Ampun dan Maaf dari Hujung Rambut sehingga Hujung Kaki. Segala salah silap, termarah, termaki pada yang kenal atau pun tak kenal, Kalau ada menyinggung hati sesiapa sahaja, mengumpat atau sebagainya. Semoga kita semua bertemu Ramadhan lagi di Tahun hadapan. Amin. Amin. Amin. Sentiasa diberi pertunjuk atas kesalahan yang pernah dilakukan, Dirahmati di dunia dan Akhirat. Ditambahkan rezeki yang Halal dan di Panjangkan umur untuk mencari pahala yang akan dihitung di akhirat kelak serta Sentiasa menjadi Anak yg solehah untuk kedua ibubapa. Doakan saya. :) Ikhlas : Nur Amirah Atikah binti Baharudin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan